MG300 FIRST ASSIGNMENT.
Monday, July 21, 2014 @ 8:56 PM


Hi assalamualaikum. This is my blog. Most post in this blog I just re-post from my personal blog. I love to write actually. And I love to read books. I got many books in home that I will read during freetime.


Puisi Tepi Jalan by Fynn Jamal.
I got one at home. Everywhere I go, I will bring this with me. Seriously buku ni best!! Alaaaa rindu pulak nak baca rasa nak balik rumah je sekarang ni hahaha

I start blogging since I was sixteen. I talk about life, friends and awesome thing in my life. Tapi yang paling saya suka update, puisi. I love to create that kind of puisi based on my experiences in life. So, I put my favorite one that I wrote by myself in this blog. Hope you'll like it :) sorry lah kalau tak best. Haha. I just talk about what I like. Enjoy reading. Thank you and assalamualaikum:)

@ 8:55 PM
"Kesalahan perempuan ialah perasan yang dia boleh ubah lelaki. Tiada siapa boleh ubah sesiapa. Just find someone yang cukup serasi and jaga elok-elok. Tak serasi janganlah cuba ubah-ubah. Not meant to be, so much effort nak beri. Serasi bersembang, serasi level cinta dan cemburu, serasi goal hidup, serasi tahap setia, serasi paras rupa, serasi nilai. Serasi paras rupa pasangan bukan dari penilaian orang luar. Tapi bila masing-masing obsess and uplift one another. Pastu dah jumpa yang serasi simpan elok-elok dalam almari, sekali-sekala bawak dia keluar makan cotton candy."

And I'm insecure don't know what for~ tengok penulisan dia nih. Soft and smooth je meresap dalam jiwa terus favorites. And betul apa dia cakap, serasi tak semestinya kena buat-buat serasi and tak perlu orang cakap serasi. Masing-masing and sendiri boleh rasa. Tak perlu tunjuk semua orang. Asalkan boleh faham each other, cukup. Jangan fikir yang lain dah memang he/she is the one for you.

Dan, keserasian memang tak perlu direka atau dibuat-buat. Paling lama boleh tahan pun mungkin dua atau tiga bulan. Lepastu? Jadi jangan buat-buat cam "aku terima dia seadanya." Jangan tipu diri sendiri. Well tak semestinya tak banyak persamaan tak boleh serasi, tak semestinya selalu bergaduh tak boleh nak wujudkan keserasian tu. Ada je pasangan yang tak pernah nak sehaluan, tapi boleh sepakat dalam satu-satu hal. Comel kan? Pokoknya disini, semuanya bergantung pada kita. Dan dia. Jadilah cute ikhlas dari hati masing-masing, tanpa paksaan. Pastu pergi makan aiskrim sesama.
@ 7:41 PM
Ada seorang budak ni.
Dia penakut sangat.
Dia tak berani nak cakap.
Dia takut.
Dia selalu menangis.

Kadang, dia menangis lama.
Dia terlalu takut.
Tiada siapa disisi dia.
Tiada teman dia.
Keseorangan dia.

Dia terfikir, sampai bila nak begini?
Tapi apa dia mampu.
Dia tetap diam kaku.
Sebab dia takut.
Dia lemah.
Dia tak kuat.
Dia, si penakut.

Jangan hina dia.
Jangan cerca dia.
Kau tak tahu apa dia alami.
Kau tak tahu apa dalam hati.
Sakit dia, derita dia,
Siapa peduli?

Dulu dia si pemberani.
Ketawa selalu dia.
Senyum tak pernah lekang.
Gembira ceria itu rutin dia.
Buat orang ketawa
Dengan manjanya dia
Dengan lemah lembutnya

Tapi orang mainkan dia.
Orang pijak pijak dia.
Orang sakitkan dia.
Orang ketawakan dia.

Sabarnya dia.
Kuatnya dia.
Katanya, biar apa orang nak kata.
Dia tak peduli semua.
Dia tahu mana kuatnya dia.

Sampai satu tahap,
dia lenyap.
Hilang dari semua orang.
Dia pergi.
Pergi pada Yang Hakiki
Dia cari balik diri
Sampai akhirnya dia jadi begini.
Dia, tetap si penakut.

Apa ditakutkan?
Semua sekeliling dia, jahat.
Semua orang jahat.
Dia rasa dunia kejam
Tiada siapa faham
Walhal, dia sendiri kejam.

Dia tak mampu kawal emosi
Dia tak mampu bentengkan hati
Katanya, hati dah lama mati.

Dia jatuh sendiri
Bangun sendiri

Sampai bila nak begini?

"Kamu takkan boleh lalui semua ni,
selagi kamu tak bergantung pada yang tak mati"

Siapa?
Mana?
Ada?

Ada,
Allah.

Jangan zalimi sendiri.
Cari Ilahi
Cari balik diri
Jangan, jangan jadi macam dia.
Dia, tetap si penakut.

@ 9:53 AM
Aku hargai kawan baik aku.
Yang paling selalu disisi,
Manusia yang paling dihati.
Yang selalu tak kering gusi.
Tengah malam ketawa bagai nak mati.
Dan aku reflek aku dalam dirinya.
Tanyalah apa saja tentang aku,
dia benar-benar tahu.

Luka dalam tidak aku pendam.
Dia tahu caranya
buat aku senyum bahagia.
Buat aku lupa masalah yang ada.
Rahsia disimpan rapi,
Cerita dari malam ke pagi.
Apa saja terjadi disini.
Kecil ke besar,
Manis mahu hambar,
Semuanya aku kongsi.

Bukannya tiada apa yang aku percaya 
selain dia,
Ianya bukan soal kenal lama,
mungkin keserasian yang ada
Buat aku lebih selesa.

Mana lagi nak dapat kawan begitu?
Kini aku faham apa itu,
satu dalam seribu.

Itu kamu.

Tuhanku,
peliharalah dia.
Sahabat dunia akhiratku.
bahagiakan dia.
hilangkan sedihnya.



Amin.
@ 9:52 AM
Hi. Saya ada kenal dua orang manusia. Saya sayang mereka. Satu, saya kenal dari sekolah menengah. Satu, saya tak pernah jumpa. Stranger. Walaupun mereka annoying, saya sayang mereka. Walaupun mereka suka buli, saya tahu mereka sayang saya. Walaupun mereka selalu gaduh, saya peduli apa. Saya buat hal saya je. Kahkahkah. Walaupun mereka gila, saya terima mereka. Walaupun mereka tak senonoh, saya diam je. Walaupun mereka suka bebel, saya tahu mereka baik. Walaupun mereka suka bahan, kalau saya sakit mereka jaga. Walau apa pun, saya sayang mereka. Sebab, kami kan august baby x) ini nak cerita pasal life kami masa sem 2. Dengar eh.... ehem.




Nur Hamidah binti Mohd Hamdan. 14 August 1995. Kuat makan (sama). Kuat tidur (sama sikit). Suka makan aiskrim (sama sangat). Blur, selalu tak faham (ni lagi sama). Suka maggi tomyam. Bengong. Masuk air. Suka bebel. Jenis cakap lepas. Suka terus terang. Suka main game tengah malam. Tidur, tak boleh tutup lampu. Penakut (ni paling sama ok, paling). Pernah nangis sebab takut. Suka gelak. Tak boleh tahan gelak lama lama. Suka mandi lama lama. Si bijak. Rajin. Suka cakap "aku omey kan". Suka perasan dia gemuk padahal tak pun. Blergh. Suka sidai baju, basuh pinggan. Tak pernah amek tahu hal orang. Pemilik bantal tulang. Pemilik locker conjuring. Paling memahami walaupun kekadang, aku cerita dia boleh buat bodoh. Moment paling ingat, borak sampai pukul 4.30 dengan dia. Deep conversations. Then, basuh pinggan tengah malam, sebab masatu je ada air. Okay tu paling ingat. Kalau nak pergi toilet, suka suruh aku temankan. Tunggu depan pintu sampai dia habis. Tak senonoh punya penakut. Ok, aku pun sama je. Haha. Last sekali, suka cari gaduh. Ok.

Faizatul Azwa binti Ismail. 4 August 1995. Tak kuat makan. Makan suka tak habis. Tak makan mamak. Tak makan ikan pelik pelik. Suka suruh aku habiskan makanan dia. Suka horlicks. Kuat tidur gak. Tak suka makan aiskrim malahan membenci aiskrim. Suka maggi tomyam gak. Gila. Suka gelak kuat kuat. Suka jerit. Suka melalak. Kuat bebel (ni paling ok, paling). Suka main game tengah malam gak. Kaki gosip dekat floor 3. Tanya jelah apa gosip, semua dia tahu. Sebab apa? Malam malam merayap pergi bilik orang. Hahahaha. Pemberani. Suka teman aku pergi mana mana. Kesian, mangsa. Suka buat lawak. Garang. Kalau dia marah, baik lari. Gangster ok. Sangat. Hahahaha. Dan pembuli. Suka lipat baju. Pemilik teddy bear besar dan bantal busuk mickey. Moment paling ingat, masa terlempang dia sebab dia cium tangan. Ah sorry........ tu paling diingat. Puas dapat lempang. Hahahaha. Last sekali, suka cari pasal. Ok.

Whatever it is, remember, aku sayang korang.

@ 9:38 AM




All the pictures above are my favorite food. I love to eat a lot and a lot. To be honest, food make me happy more than anything. When I sad, I will eat something and try to cheer myself. The most favorite food that I love is my mom's cooking. Like seriously, mom's cooking have their own awesome taste that can make me addicted. Every weekend when I came back from Bangi, the first thing that make me excited to go home is mom's cooking. I swear it was the best thing ever that I can't find it in another place. Siapa tak suka masakan mak dia kan? Semua sukaaaaaaaaaaaa. Hahahaha. Tapi bila mak suruh masak sendiri, emm emm faham faham jelah :p haha tak lah. Boleh je masak, tapi tetap nak makan masakan mak jugak. Okay cakap pasal makan ni memang sampai bebila tak habis tau. Nak cakap apa lagi eh? Cukup lah tu kot agaknya. Sorry kalau bosan dan hambar. Dah bye nak pergi makan. Hahaha

Assalamualaikum :)

Sunday, July 13, 2014 @ 6:27 AM
Aku nampak dia. Menarik. Penuh sederhana. Kuyu matanya, tenangnya rasa. Manis senyumnya. Aku rasa nak pergi depan muka, tegur macam biasa. Hi, awak kenal saya? Tapi, malu membataskan. Aku hanya diam lihat dia terus berjalan. Aku nak kejar, tak kesampaian.

Dia hanya stranger.

Tiba-tiba terasa indah. Mungkinkah dia stranger yang sama, yang akan membawa bahagia? Yang setiap malam, menceriakan aku yang selama ini suram. Memberi tawa pada hati yang tawar. Yang mengukir senyum riang pada jiwa kusam. Atau mungkin dia hanya stranger. Yang datang dan pergi begitu saja, seperti kebanyakan manusia lainnya? Yang mungkin hanya dijadikan penghilang sepi, tanpa meninggalkan kesan di hati. Tanpa memori.

Kini aku sedari, dialah stranger yang sama. Kini dialah sahabat, dia teman bergaduh, dia abang, dia pelindung, dia segalanya. Apa yang lebih bahagia daripada ini? To have a guy that knows you, perfectly. And never complain anything. Yang terima aku seadanya. Yang membuli dan melindungi. Kalau aku sedih, bahu dia sentiasa ada. Kalau aku jatuh, tangan sentiasa dihulurkan. Kalau aku ketawa, itulah kegembiraan bagi dia. Indah. Semuanya indah kini. Dalam diari hidupku, inilah helaian terindah. Yang takkan aku lupakan sampai bila-bila.

Tapi, apapun. Dia hanya stranger. 

"woi, dah sampai Paris ke?"
sapa kawanku.

Tiba-tiba lamunan terhenti.
Aku lihat dia pergi.
Tiada lagi disini.

Ah, berangan lagi. 



© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03