MG300 FIRST ASSIGNMENT.
Monday, July 21, 2014 @ 9:53 AM
Aku hargai kawan baik aku.
Yang paling selalu disisi,
Manusia yang paling dihati.
Yang selalu tak kering gusi.
Tengah malam ketawa bagai nak mati.
Dan aku reflek aku dalam dirinya.
Tanyalah apa saja tentang aku,
dia benar-benar tahu.

Luka dalam tidak aku pendam.
Dia tahu caranya
buat aku senyum bahagia.
Buat aku lupa masalah yang ada.
Rahsia disimpan rapi,
Cerita dari malam ke pagi.
Apa saja terjadi disini.
Kecil ke besar,
Manis mahu hambar,
Semuanya aku kongsi.

Bukannya tiada apa yang aku percaya 
selain dia,
Ianya bukan soal kenal lama,
mungkin keserasian yang ada
Buat aku lebih selesa.

Mana lagi nak dapat kawan begitu?
Kini aku faham apa itu,
satu dalam seribu.

Itu kamu.

Tuhanku,
peliharalah dia.
Sahabat dunia akhiratku.
bahagiakan dia.
hilangkan sedihnya.



Amin.
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03